SmartLab ialah sistem pengurusan peralatan IoT makmal yang dibangunkan untuk memudahkan urusan inventori, pinjaman dan pemulangan peralatan. Melalui satu platform, pelajar boleh menyemak peralatan yang tersedia dan menghantar maklumat pinjaman, manakala pihak pentadbir boleh mengurus inventori serta memantau rekod dengan lebih teratur.
SmartLab menyokong pengurusan makmal yang lebih mudah, tersusun dan mesra pengguna untuk komuniti Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Seberang Perai.